Sunday, 22 January 2012

KUCING

Pehh, dah lama tak berblogging, mungkin bukan zaman nak aktif2 blog ni. Maklumlah, makin dewasa makin banyak hal. 

Kali ni bukan nak berbicara pasal asal usul kucing, itu boleh search kat wiki. Aku nak cakap pasal orang suka kucing dan orang tak suka kucing, ye aku tau ini bukan masalah negara, tapi sedar tak hal ini boleh buat orang tak selesa terutama bagi orang yang tak suka kucing. 

Macam aku dibesarkan oleh keluarga yang anggap kucing macam 'a part of family', tapi masih ada beberapa orang dalam keluarga aku yang tak suka sangat dengan kucing ni. Situasi macam ni biasa berlaku di dalam mana mana keluarga atau komuniti kecil. 

Orang tak suka kucing ni bagi aku besar skopnya sebab orang yang tak suka kucing mesti ada alasan alasan yang tersendiri mungkin alahan, mungkin tak suka bulu, mungkin takut, mungkin tak takut tapi geli dan macam macam lagi.  

Ada satu hal yang buat aku tak puas hati, PERLU KE nak sepak, baling selipar dan lain lain. Benda macam ni selalu terjadi, kawan kawan aku sendiri pun ada buat. Bukan nak tuju kepada orang tak suka kucing tapi kepada orang yang terasa dia pernah buat macam ni. Kesian lah kadang kadang kucing nak tumpang lalu pun jadi mangsa balingan selipar.

Tapi kepada penggemar kucing juga kenelah hormat jugak dekat orang yang tak suka kucing ni. Tak perlu nak letak kucing dekat dekat kalau tau orang tu tak suka kucing. betul? Untuk yang tak suka kucing pon tak perlulah nak baling baling sepak sepak mahupun memaki sebab ada sesetengah orang macam aku hati panas bila tengok orang buat macam tu, rasa nak pijak pijak je. Tapi taknak lah jadi macam tu, okay?

p/s: kepada sesiapa yang sayang kucing dia janganlah dibiarkan merata rata sebab aku suka bawak balik rumah kucing kucing kesian yang tak bertuan ditepi tepi jalan. Silap silap aku terculik kucing korang pulak. 

Sunday, 23 October 2011

kepuasan yang melampau



Inilah yang aku panggil kepuasan buat diri ditambah dengan kemenangan team kesayangan NEGERI SEMBILAN dan tiket ke Final Piala Malaysia 2011. Terubat tangan yang sakit memukul drum bila tengok satu stadium ikut ooooooooooooooooooooooo ne! ge! ri!!.. Walaupun bukan kali pertama kau tengok STAR penuh dengan penyokong tapi kali ini sangat @!###@# terbaik! Ultras No9ori

- Semi Final Piala Malaysia 2011 kedua , NEGERI SEMBILAN 2-1 T-Team, Aggregate 6-3, STAR Paroi.

p.s : final lagi tahun ni :)
hostgator coupon code