Monday, 29 August 2011

salam syawal

sekejap je dah nak raya, mungkin sebab dah besar kot rasa macam ni, tak meriah macam kecik kecik dulu. selalunya bila raya macam ni aku akan bila kad raya dan upload dekat blog, tapi tahun ni aku malas sangat. mungkin tahun depan aku buat kot.

tahun ni pun tak macam tahun tahun lepas, apa pun tak beli lagi padahal hari ini hari terakhir puasa. cuma songkok je baru lepas gosok dengan berus, berhabuk.

tahun lepas style rambut pendek dan kemas tahun ni style bermisai dipagi raya.

walaupun tak excited, tapi macam best je raya sebab hehe hehe hehe savvy biru. beraya takpayah pinjam kereta mak ayah lagi. hihi.

ape pun selamat menyambut syawal 1432 hijrah kepada semua umat Islam :)

Monday, 22 August 2011

bercinta dengan kawan baik

ini bukan tips bercinta mahupun cara mengusha awek. sekadar bercerita melalui pengalaman.

korang ada kawan baik yang BERLAINAN jantina? ramai yang ada aku rasa. pernah terfikir nak bercinta dengan kawan baik korang?

perasaan pertama kali dating dengan kawan baik yang baru jadi girl/boyfriend mesti gila kekok walaupun sebelum tu  dah beribu kali lepak sama sama. tapi tak lama kot, lepas tu seronok sebab dah nama pun kawan baik kan, mesti banyak benda yang sama sama minat, suka dan lain lain.

err. itu je yang aku ingat, yang lain dah lupa.(dah jadi post yang tak berfaedah)

(untuk yang masih study macam aku) seelok eloknya ikutlah cakap orang tua masing masing, kalau diorang benarkan, on je lah. tapi kalau dorang tak kasi tu elok elakkan, tak berkat. macam aku sekarang bercinta dengan kucing je. senang, kalau ada masa lapang lepak dan gurau guraulah dengan kucing tapi jangan lupa pagi petang malam bagi makan. \m/

pok agak gementar untuk berhadapan dengan kamera.
so,ini gambar dari google tapi ghoman eh sebijik macam pok.



Gundam Astray Blue Frame

sorry gambar kecik, malas ambil gambar dekat2

satu dah siap, tinggal lagi satu. kelas dah start pulak esok so yang lagi satu nextweek aje lah. Actually kali ini aku buat custom paint, tambah lining hitam pada part yang putih. part warna lain aku tak usik. Gundam Astray Blue Frame ini akan jadi hiasan dalam bilik.

Sunday, 21 August 2011

dua koleksi baru

Kalau baca post aku yang sebelum ini, aku cakap pagi pagi lagi nak pergi usha tapi sebenarnya tidak sebab pagi pagi aku tidur dengan nyenyak dan akhirnya pukul 6 petang nak pergi usha. haha. apa yang aku nak usha pun tak jumpa tapi aku jumpa yang lain, dua pulak tu. hihi


itu dia dua koleksi baru, Strike Freedom Gundam & Gundam Astray Blue Frame. masih bermain dengan kelas high grade tak ready untuk masuk ke kelas master atau perfect grade (tak ready dari segi kewangan).

ini pertama kali aku beli sekali dua, so sekarang aku dah pening nak buat yang mana satu dulu -.-'. ada cadangan?

esok pagi pagi...


Ini nice gila, esok pagi pagi aku nak pergi usha, tolong jangan harga mahal pulak. kalau dapat, masa tu jugak aku nak siapkan. RX-0 Unicorn Gundam!

Saturday, 20 August 2011

Friendly, Negeri Sembilan vs Sarawak



Mafla yang dipinggirkan selama beberapa minggu ini bakal beraksi semula di STAR of Paroi pukul 10 malam ini! Jiwa kembali bersemangat dengan hampir tibanya hari raya dan Piala Malaysia 2011.

10 hari lagi nak raya


bajet excited nak raya pulak, ini gambar last year, actually, gambar ini tak nampak macam gambar raya pun kan? macam baru balik kenduri kahwin pun ada, tapi hakikatnya memang gambar aku beraya dengan kawan kawan.

Friday, 19 August 2011

masa berumur 18 tahun


hidup melepak tak tentu pasal, tiap tiap minggu ditempat yang sama padahal dah tahu bosan. budak baru nak up kan. tapi itu masa umur 18 tahun, sekarang dah 20 tahun. lepak depan rumah sambil chill2 je.

Tuesday, 16 August 2011

hostgator coupon code